Friday, 6 June 2014

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Islam Tahun 4 KSSR

                   RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Sila muat turun RPT Pendidikan Islam Tahun 4 pada link yang diberikan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Islam KSSR Tahun 4

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pelajaran Jawi Tahun 4 KSSR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

Mata Pelajaran
Pendidikan Islam (Pelajaran Jawi)
Tahun
4 Cemerlang
Tarikh
15 April 2014 bersamaan 15 Jamadil Akhir 1435 H
Masa
9.30- 10.30 pagi (60 minit)
Bilangan murid
41 orang (13 lelaki, 28 perempuan)
Tajuk
Perkataan Serapan Bahasa Arab
Standard Kandungan
7.1    Membaca, membina dan menulis pelbagai jenis teks          berdasarkan tema perayaan dengan betul.
Standard Pembelajaran
7.1.1  Membaca, membina dan menulis pelbagai jenis teks berdasarkan tema perayaan dengan betul.
Pengetahuan sedia ada
Murid telah belajar perkataan serapan bahasa arab semasa Tahun 3

Objektif pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1.    Mengeja dan menyebut 5 daripada 6 perkataan 
     serapan Bahasa Arab dengan  sebutan yang betul.
2.    Menyenaraikan perkataan serapan Bahasa Arab melalui menggunakan peta pemikiran dengan betul.
3.    Membaca ayat yang mengandungi perkataan
    serapan Bahasa Arab dengan bacaan yang betul.
4.    Membaca dan menulis teks yang mengandungi
     perkataan serapan Bahasa Arab dengan betul.
Gabungjalin
Muzik, Seni Visual
Penyerapan Ilmu
Bahasa Arab dan Bahasa melayu
Penerapan nilai

Bersyukur, taat, patuh, bekerjasama, rajin berusaha dan berani mencuba

EMK

1)    EK 1.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
2)    EK 1.9 Keusahawanan: Boleh bekerjasama dalam kumpulan
3)    EK 2.4 berkeupayaan memimpin.
4)    EK1.4 Daya kreativiti dan inovasi
5)    EK 1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan
6)    EK 1.6 Keinginan kepada maklum balas segera


Bahan Bantu Mengajar

1)    Slaid Power Point
2)    Slaid LCD
3)    Komputer riba
4)    Klip Video You Tube
5)    Kad Perkataan
6)    Roda Impian
7)    Kotak beracun
8)    Kad Manila
9)    Pen Marker
10) Lembaran Kerja

Penilaian PdP

1)    Latihan bacaan
2)    Melengkapkan ayat
Impak




Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Pengajaran/ Masa
Isi Standard Kandungan
Aktiviti Standard
Pengajaran Pembelajaran

Catatan

Muqaddimah
( 3 Minit)

Bacaan Doa :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"اَلَّلهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُر عَلَينَا مِن خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ".
باخاءن شهادة:
"اَشْهَدُ أَن لاَ إَلَهَ إِلاَّ اللهَ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً رَّسُولُ الله

-          Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan doa.
-          Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa bersama-sama/ mengaminkan bacaan doa.
-          Semua murid-murid melafazkan kalimah Syahadah bersama-sama

Kaedah:
-          Hafazan

Nilai:
-          Taat kepada Allah
-          Bersyukur


Set Induksi
(5 minit)

Klip Video Animasi
Upin dan Ipin

Contoh soalan:
i.Apakah yang dilakukan oleh Upin, Ipin dan kawan-kawannya di dalam video tersebut?

ii. Sebutkan contoh-contoh perkataan yang berkaitan dengan perayaan yang disebut didalam video tersebut?

iii. Apakah gambaran yang kamu sering lakukan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri?


-          Murid dipaparkan dengan tayangan klip video Animasi Upin dan Ipin melalui paparan slaid LCD dihadapan kelas.
-          Murid menonton klip video Animasi Upin dan Ipin bertajuk “Riang Ria di Aidilfitri” dengan penuh teliti.
-          Murid bersoal jawab dengan guru tentang video yang ditayangkan.
-          Jawapan murid dikaitkan dengan  tajuk dan  isi pelajaran yang akan dipelajari.


-          Pelbagai Kecerdasan :
Audio Visual

-          Kaedah :
Soal jawab

-          BBM :
-          Klip Video
You Tube
-          Slaid LCD
-          Komputer riba
-          Speaker (pembesar suara)   

Nilai
-          Berani mencuba
-          Patuh


Langkah I
(15 minit)

عيد الفطري

برلالو سوده بولن رمضان،
ساتو شوال منجلما فولا،
عيد الفطري كيت راعيكن،
تندا كمنغن ستله برفواسا.

اديق  ترسايغ سيضق برضاي،
منوجو كمسجد برصلاة هاري راي،
سواسان رياغ دهاري راي،
معاف ظاهير دان بطين سسام كيت.

-          Murid ditunjukkan slaid powerpoint
-          Murid dipaparkan dengan slaid teks isi kandungan pelajaran iaitu berkaitan perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Arab yang terkandung di dalam teks jawi bertemakan perayaan melalui paparan slaid powerpoint dihadapan kelas.
-          Murid mendengar guru mengeja dan menyebut perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan teliti.
-          Murid mengikut ejaan dan sebutan guru dengan betul.
-          Murid menyebut perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan betul mengikut kelas, kumpulan dan individu secara latih tubi.
-          Murid dipaparkan dengan teks yang bertemakan perayaan bertajuk “Sambutan Hari Raya Aidilfitri” melalui paparan slaid power point dihadapan kelas.
-          Murid mengikut guru membaca teks dengan intonasi yang betul.
-          Murid membaca teks perayaan yang mengandungi perkataan pinjaman Bahasa Arab secara kelas, kumpulan dan individu.
-          Sumbang saran murid tentang perkataan pinjaman Bahasa Arab yang terdapat didalam teks perayaan tersebut.

      Media:
-           Visual

Kaedah :
-          Penerangan
-          Latih tubi bacaan
-          Sumbang saran


-          Rentasan Ilmu : Bahasa Arab

-          BBM :

-          Slaid powerpoint

-          Komputer riba

-          TMK
Teknologi maklumat dan komunikasi


Nilai

-          Rajin berusaha
-          Patuh

Langkah II
(15 minit)

Tajuk lagu: Nostalgia Aidilfitri

Tibanya syawal tanda ingatan, Ku kirim rindu di angin lalu. Kasih yang hilang ku hulur tangan.
Di aidil fitri.
Di aidil fitri ku pohon restu
Buat mu kasih di aidil fitri
Mengimbas daku kata-kata mu.
Andai ku tiada di sisi mu lagi. Merendam doa
Merendam doa ikhlas dari mu.
Sesaat takbir bergema
Selama itu dikau di hati ku, Doa ku kirim buat mu kasih. Di aidil fitri ikhlas dari ku
Di hening subuh di pagi raya, Doa ku pohon buat yang tiada. Airmata ku tabur bersama.
Terkenang daku
Terkenang daku takbir bergema.
Ku tunduk sujud buat mu kasih
Teringat daku kebesaran mu
Bulan ramadan terasa bersih
Di aidil fitri.
Di aidil fitri kita bertemu.

Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu kasih di aidil fitri
Terkenang daku cinta yang satu.

Video klip: Solat sunat Aidifitri



-          Murid dipaparkan dengan tayangan video klip yang berkaitan tema Hari Raya Aidilfitri seperti takbir raya, suasana ketika solat sunat Aidilfitri di masjid dan lagu “Nostalgia Aidilfitri” dihadapan kelas.
-          Murid-murid memberikan perhatian sepenuhnya kepada klip video tersebut dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru.
-          Murid diminta membentuk kepada empat kumpulan.
-          Murid mendengar arahan guru dengan teliti.
-          Murid membuat perbicangan dan sumbang saran berkaitan perkataan pinjaman Bahasa Arab yang diperoleh daripada tayangan klip video tersebut.
-          Murid menyenaraikan perkataan pinjaman Bahasa Arab menggunakan peta pemikiran (peta i-Think) diatas kad manila yang disediakan.
-          Wakil kumpulan diminta tampil kehadapan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka.

-          Media:
-          Audio Visual

-          Kemahiran Berfikir :

-          Menjana idea

-          Penyerapan Ilmu:

-          Bahasa Arab

-          Nilai:
-          Kreatif
-          Rajin Berusaha

-          Kaedah :

-          Sumbang saran

-          Perbincangan

-          BBM :

-          Klip video:
Solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid – You Tube
-          Lagu “nostalgia Aidilfitri” nyanyian Sharifah Aini-MP3
-          Slaid power point
-          Komputer riba
-          Skrin LCD
-          Kad Manila
-          Pen marker


EMK

-          EK 1.9 Keusahawanan: bekerjasama
-          EK 2.4
Berkeupayaan memimpin


Nilai
-          Bekerjasama
-          Patuh
-          Rajin berusaha

Langkah III
(10 minit)

Permainan kotak beracun

Soalan:
Baca ayat berikut:
1.   برلالو سوده بولن رمضان
2.   ساتو شوال منجلما فولا
3.   عيد الفطري كيت راعيكن
4.   تندا كمنغن ستله برفواس

-          Murid ditunjukkan dengan kotak beracun dihadapan kelas.
-          Murid dibentuk kepada satu bulatan yang besar.
-          Murid mendengar arahan cara permainan daripada guru dengan teliti.
-          Murid diperdengarkan dengan alunan muzik lagu “Suasana Hari Raya” sambil menyerahkan kotak beracun kepada rakan-rakan dengan pantas.
-          Apabila muzik diberhentikan, murid yang memegang kotak beracun diminta menjawab soalan dan membaca perkataan dan ayat yang disediakan.

Media:
-          Audio visual

Kaedah:
-          Permainan
-          Soal jawab

Kemahiran Berfikir:
-          Menjana idea

EMK:
-          EK 1.1
Bertanggungjawab terhadap keputusan

BBM:
-          Lagu MP3 – Suasana Hari Raya-Anuar Zain
-          Radio CD
-          Kotak Beracun
-          Kad perkataan


Langkah IV
(15 minit)

Roda Impian




-          Murid ditunjukkan dengan Roda Impian yang mengandungi perkataan serapan Bahasa Arab dihadapan kelas.
-          Murid dipaparkan dengan lembaran kerja melalui slaid Power Point dihadapan kelas.
-          Murid diminta memutarkan Roda Impian secara rawak
-          Kemudian, murid diminta menampal perkataan yang diperoleh daripada Roda Impian ke dalam ruangan kosong pada ayat yang dipilih di paparan slaid Power Point.
-          Murid diminta menulis ayat yang telah dilengkapkan dengan betul.

Media:
-          Visual

Kaedah:
-          Permainan
-          Latih tubi Bertulis

BBM:
-          Slaid powerpoint
-          Slaid LCD
-          Roda Impian
-          Lembaran Kerja
-          Komputer riba

EMK
-          Teknologi maklumat dan komunikasi

Penutup
(5 minit)


Kognitif









Sosial



Kerja Lanjutan

-          Murid diminta membaca semula teks perayaan yang mengandungi perkataan pinjaman Bahasa Arab melalui paparan slaid powerpoint dihadapan kelas.
-          Murid akan dipilih secara rawak untuk menjawab soalan guru.
-          Murid diberikan ganjaran dan penghargaan kerana rajin berusaha.
-          Murid diberikan lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan di rumah.


Pentaksiran :
-          Latih tubi bacaan

BBM:
-          Slaid Power Point
-          Lembaran kerja
-          Komputer riba

EMK
-          Teknologi maklumat dan komunikasi

(* Lembaran kerja diedarkan untuk tugasan lanjutan. Murid-murid diingatkan supaya mendapatkan tanda tangan ibubapa setelah selesai membuat tugasan)



Refleksi Kendiri:
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ulasan Pensyarah Pembimbing:
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________